24 Februari 2008

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKCT 2008

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK CHINI TIMUR 2008 MENUTUP TIRAI







Kejohanan olahraga SMKCT telah berlangsung selama Lima hari, bermula dengan Acara Sukan Tara yang mempertandingkan acara Lompat Jauh dan 100M Pecut kepada semua pelajar dari rumah Razak, Rahman, Munsyi dan Zaaba. Sukan Tara ini telah berlangsung pada petang Hari Rabu dan Khamis.

Pada hari Sabtu 23hb Feb 2008, acara padang dan balapan telah dimulakan, setiap acara dibahagikan kepada 3 Kategori, iaitu L/P 18, L/P 15 dan L/P 13. Pada 24hb Feb 2008, Acara Kemuncak KOT SMKCT telah berlangsung, ia dirasmikan oleh Pengurus Felda Chini Timur 3, Keputusan Rasmi KOT 2008 telah diumumkan pada akhir acara penutup. Johan Keseluruhan adalah Rumah Rahman, diikuti Munsyi, Zaaba dan Razak, Bagi Hiasan Rumah pula, telah dimenangi oleh Rumah Zaaba, manakala bagi Perbarisan tercantik pula, dimenangi oleh Rumah Razak.


Olahragawan dan Olahragawati KOT 2008 pula, telah dimenangi oleh Adik Ismayudin dan juga Adik Norlela yang kedua-duanya telah memenangi pingat Emas pada acara-acara yang disertai.

KOT juga telah diakhiri dengan acara Menyepak Bola ke Gol Kecil yang dikhaskan kepada dif-dif Kehormat serta guru-guru. Sempena Kejohanan tersebut juga, Pihak Sekolah telah menetapkan hari ISNIN 25hb Feb 2008 sebagai Hari Cuti Peristiwa.





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

See Here or Here