08 Februari 2009

TABUNG GAZA



TABUNG SAVE GAZA !!!


Pelancaran Tabung Save Gaza Disempurnakan oleh Tuan Haji Asruddin Abbas, Pengetua SMK Chini Timur. Dalam Ucapannya beliau mengingatkan semua pelajar supaya menginsafi terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat palastin dan mengambil iktibar dari peristiwa tersebut. Kepada semua warga SMKCT beliau menyeru supaya sama-sama membantu dengan segala kemampuan yang ada.

11 September 2008

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN PELANCARAN
BULAN KEMERDEKAAN (31 OGOS - 16 SEPTEMBER 2008)
Sekitar pelancaran bulan kemerdekaan SMKCT yang disambut pada 31 Ogos 2008 di dataran Ibnu Sina SMKCT. Upacara dimulakan dengan pembacaan perutusan oleh Tuan pengetua, GPK Pentadbiran dan juga GPK KoKu. Setiap ucapan telah diselang selikan dengan pelbagai persembahan daripada pelajar-pelajar berbakat SMKCT.


Gambar menunjukkan antara persembahan yang telah dipersembahkan pada hari tersebut.

09 Ogos 2008

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ SMKCT 2008

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ SMKCT 2008


Pada 09.08.2008 SMK Chini Timur telah mengadakan sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah. Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Pihak Sekolah telah menjemput Penceramah dari Jabatan Agama Islam Pahang, Ustaz Ubaidullah B. Dato' Abdul Mutalib.Ceramah yang disampaikan dapat menarik minat warga sekolah kerana ia berkisarkan tentang keadaan masa sekarang.
Majlis telah diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan oleh Pengetua SMKCT.

18 Julai 2008

ANUGERAH HARI GURU DAERAH PEKAN

ANUGERAH YANG DIMENANGI SMK CHINI TIMUR

Berlangsung pada hari Jumaat 18 Julai 2008, Pengetua SMK Chini Timur, Tuan Haji Asruddin Bin Hj Abas Menyampaikan anugerah-anugerah yang telah dimenangi oleh SMK Chini Timur pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pekan 2008. Berikut adalah anugerah yang dimenangi Sekolah :

Anugerah Pencapaian Subjek Pendidikan Moral 100% disampaikan kepada GPK Pentadbiran Puan Abidah Bt Ibrahim

Anugerah Persatuan Silat Terbaik disampaikan kepada GPK KoKurikulum Ustaz Fauzi Bin Dollah Anugerah Makmal Komputer Terbaik SMK Luar Bandar disampaikan kepada Encik Mohd Hanafyieh Bin Omar
Anugerah PPDA Terbaik Pekan disampaikan kepada Puan Maisharah Bt Mohd Salleh


Anugerah Kantin Sekolah Terbaik disampaikan kepada Pengusaha Kantin SMKCT.

18 Jun 2008

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2008


Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah telah diadakan pada 16 MEI 2008, Berikut adalah antara peristiwa yang sempat dirakamkan semasa hari tersebut. Layan......








BERGAMBAR BERSAMA WARGA PENDIDIK SMKCT 2008