24 Julai 2007

Seminar Teknik Menjawab PMR & SPM


SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SPM DAN PMR

Bermula dari 23 Julai sehingga 27 Julai 2007, SMK Chini Timur menganjurkan satu seminar TEKNIK MENJAWAB peperiksaan SPM & PMR. Ia adalah dibawah kendalian Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah melalui Unit Bimbingan Kaunseling yang dipengerusikan oleh En. Sahruddin.

Seminar ini diadakan dengan matlamat membantu para pelajar dalam membentuk strategi untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan bersedia.

Penceramah-penceramah luar yang terdiri daripada guru-guru pakar dan berpengalaman dalam penandaan kertas peperiksaan SPM dan PMR telah dijemput untuk mencurahkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam usaha untuk meningkatkan prestasi para pelajar ke tahap yang lebih baik.

Harapan semua warga pendidik SMKCT adalah supaya usaha ini memberi impak yang maksima dalam pecutan mengejar kejayaan yang diimpikan semua.

1 ulasan:

Qalam'Aini berkata...

rindunye time2 'dimotivasikan' dulu...huhu...