15 Julai 2007

PELANCARAN MINGGU BAHASA SMK CHINI TIMUR 2007
( BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS )

Pelancaran Minggu Bahasa Smk Chini Timur dilancarkan pada 16 Julai 2007 oleh Pengetua SMK Chini Timur, Tuan Haji Asruddin Bin Haji Abas. Majlis ringkas tersebut telah diadakan pada hari isnin semasa berlangsungnya perhimpunan mingguan.

Minggu Bahasa ini berlangsung selama seminggu, iaitu pada 16 - 20 Julai 2007, antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Syair, Lakonan, Ceria Bahasa (Tekata, Kuiz Bahasa, Peribahasa), Pertandingan Menulis Karangan Bahasa Melayu dan Inggeris, Poem, Public Speaking dan banyak lagi acara yang disertai oleh pelajar SMK Chini Timur.

Semoga dengan program ini, semua pelajar dapat mendalami bahasa ibunda dan juga bahasa antarabangsa. Seperti Moto yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu iaitu " YAKIN BERBAHASA MARUAH TERPELIHARA".

Tiada ulasan: