22 Mac 2007

KELAB BOLA SEPAK SMKCT 2007

KEJOHANAN BOLA SEPAK
DAERAH PEKAN


Kelab Bola Sepak SMK Chini Timur telah menghantar pasukan bola sepak bawah 18 tahun dan juga bawah 15 tahun. Kejohanan ini telah bermula pada 26-28 Februari 2007 bagi bawah 18 dan 1-2 Mac 2007 bagi bawah 15 tahun.Pasukan ini telah di latih secara bersama oleh empat orang Jurulatih yang mempunyai pengalaman berkaitan Bola Sepak. Antara Jurulatih yang juga merangkap Pengurus Pasukan ini ialah En Mohd Hanafyieh bin Omar, En Ahmad Badrulhisham bin Daud, En Rahmat bin Ibrahim dan En M.Shaffrie bin A. Halim. Unik bagi pasukan ini, kerana terdapat juga jurulatih yang bertugas selaku Pengadil pada kejohanan tersebut. Antaranya En Hairul Nizam bin Mat Isa, En Rosli bin Bakri dan juga En M Shaffrie bin A. Halim.


Pada Kejohanan ini, Pasukan Bola Sepak bawah 18 Tahun telah berjaya mengulangi sejarah pada tahun1999, yang mana mereka telah berjaya memasuki peringkat Separuh Akhir dan mendapat Tempat Ke-4. Tetapi pasukan Bawah 15 tahun masih belum dapat memecahkan rekod untuk melepasi pusingan awal.



Kelihatan Jurulatih Sedang Membincangkan Strategi pasukan



Skuad Bola Sepak SMKCT sebelum Perlawanan Menewaskan SMK Lepar 5-2



Skuad Bola Sepak SMKCT Bersama Jurulatih pada perlawanan SEMI-Final



Skuad Bawah 15 thn SMKCT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kHAS buat guru tersayang..sir rohaizad..sesungguhnye..kamu yang slalu kami kenang..from.. 5acoount(2007)