29 September 2006

Tn pengetua menyampaikan ucapan pada perhimpunan terakhirnya di SMKCT



MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA TN HJ ROSLAN KE SMK PALOH HINAI

Pada 28hb Sept 2006 bersamaan 5 Ramadhan 1417H, seluruh warga SMK Chini Timur telah bersama-sama dalam menjayakan majlis perpisahan pengetua Tn. Hj Roslan b. Hj Abdullah yang akan bertukar pada 1 hb Oktober 2006 ke SMK Paloh Hinai. Tn Pengetua telah berkhidmat di sekolah ini selama 5 tahun sejak 1 hb oktober 2001. sepanjang perkhidmatan beliau, semua warga pendidik, pekerja dan pelajar merasa amat senang dengan beliau. Berbagai kejayaan dan peningkatan akademik, kokurikulum dan keceriaan telah dicapai di bawah pentadbiran beliau. Pada pagi yang indah tersebut, satu majlis telah diadakan bagi menghargai jasa-jasa beliau. Para pelajar, staf dan juga guru dengan penuh tulus ikhlas telah sudi menyampaikan pelbagai cenderahati sebagai tanda ingatan seluruh warga SMK Chini Timur terhadap beliau. Seluruh warga SMK Chini Timur merasa amat terharu dengan pertukaran beliau. Kami hanya dapat mendoakan semoga beliau sentiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan beliau tidak lupa akan wajah-wajah di sini. TERIMA KASIH CIKGU.
posted by rohaizadm.a.



Tiada ulasan: