26 September 2006



KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP DUN CHINI

Pada 16 September yang baru lalu, satu kejohanan bowling telah diadakan di Kuantan Premium Lanes di antara golongan pendidik di DUN CHINI. Tujuannya antara lain adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para guru-gurudan staf sekolah di DUN berkenaan. Kejohanan ini adalah dibawah naungan ADUN CHINI iaitu YB En Bakar b Harun.

Pihak SMK Chini Timur juga telah menghantar 4 kumpulan terbaiknya ke pertandingan tersebut. Mereka terdiri dari kumpulan S.O.S. iaitu En. Badrul, En. Rahmat, En. Rohaizad dan En. Hanafyieh. Manakala satu kumpulan lagi terdiri drpd En. Nik Shukran, En. Shukran, En. Shariff dan En. Amiruddin yang menamakan diri mereka. KREKKOKKER. Pasukan wanita pula terdiri drpd Pn. Wan Zainun, Pn. Wan Rohaniza, Pn. Azizah, Cik Azwahaili, Cik Naimah, Cik Kartini dan Cik Norliza.

Pada kejohanan yang disertai hampir 16 pasukan lelaki dan 4 wanita ini. Wakil dari team SOS telah berjaya menduduki tempat ke 5 biarpun baru sahaja menceburkan diri di dalam acara ini berbanding pasukan-pasukan senior lain. Wakil wanita juga telah berjaya membawa pulang anugerah antara pemain terbaik kejohanan.

Tahniah kepada semua wakil peserta. cuba lagi di lain tahun.

2 ulasan:

sheila allya berkata...

hello all of my teachers...

congratz!!

hope u`ll be succeed

to sir rohaizat..
i dont think that u should lose ur weight... coz.. i u r so cute now>>.
byeeeeeee

Qalam'Aini berkata...

hurm...i never thought my teacher were so good at this! hehe..
~ckgu rahmat used to be my class's teacher in 2004...5 Science 1..
~suggestion, why not we have a reunion at bowling centre?sure we'll have wonderful time ..
~by the way,congratS to all the teachers...u r gorgeus! :)