07 September 2006


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH



Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 30 Ogos 2006 bertempat di Dataran Ibnu Sina SMK Chini Timur.
Sambutan ini telah dimulakan dengan bacaan Yaasin sebagai kesyukuran negara kita yang aman dan damai. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan ucapan dari Pengarah Pelajaran Pahang yang telah disampaikan oleh GPK KoKu Ust Fauzi Bin Dollah, seterusnya ucapan dari Menteri Pelajaran Malaysia disampaikan oleh GPK Pentadbiran En.Omar Bin Salleh dan ucapan dari Yang Dipertuan Agong telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Roslan Bin Abdullah.
Setiap ucapan telah diselang selikan dengan persembahan Sajak dan Syair yang dibacakan oleh Para Guru dan Pelajar yang terlibat. Acara kemuncak pada hari tersebut adalah upacara mengibarkan Jalur Gemilang dan Nyanyian Lagu Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang dan Wawasan 2020.

Tiada ulasan: